Buat sahabat mayaku

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih atas kunjungan anda yang amat bernilai bagi saya.  Mungkin blog ini agak jarang di update kerana kekangan masa.  Namun anda amat dialu-alukan untuk melawati blog utama saya Al-Mukminah As-Solehah.

Agak tidak terlewat rasanya andai saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua pengunjung yang amat kasihi dan disayangi…

Muslimah dan Tudung Labuh

Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga.  Begitu juga sebaliknya.  Ini adalah fitrah manusia.  Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama.

Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain.  Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya.  Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya.  Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti.  First impression comes first. Teruskan membaca

Bertindaklah …

 

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. Teruskan membaca

Umur Itu AMANAH ALLAH buat kita

Tunggulah kiamat apabila amanah dikhianati

Amatilah Ayat-ayat Ini Agar Kita Lebih Mengerti

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

120. Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.Surah Al-An’aam, ayat 120

Teruskan membaca

Peringatan buatku di kala terleka di alam maya..

Mungkin ia hanya sembang kosong. Sembang antara rakan dan taulan..InsyaALLAH harap-harap begitu… Di ke sempatan yang ada ini aku mencuri sedikit masa yang aku ada untuk mencoret ruangan blogku ini dengan pendapat yang ada.  Alhamdulillah hari ini dengan izinNYA, aku sempat menjelajah sebuah “rumah” di alam maya ini… Mendapat satu input yang merupakan “juadah” untuk aku jadikan sempadan buatku bila berfacebook.  Terima kasih kepada empunya “rumah” atas “juadah” ini…  Ada masa lawatlah ke RUMAH ini..

 

Teruskan membaca