Arkib untuk Jun 2010

Bahaya facebook (1)

Mungkin kita pernah terdengar atau pernah terbaca mengenai bahaya facebook. Ia boleh membahayakan kesihatan,membazirkan waktu dan banyak lagi.

Alhamdulillah..dengan adanya buku ini, saya dapat menambah lagi ilmu berkaitan facebook kerana saya juga merupakan salah seorang pengguna facebook.  Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Tapi alhamdulillah saya dapat memahaminya walaupun bukan seratus peratus.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dan ilmu yang saya perolehi dari buku ini.

Teruskan membaca

Agama mencorak peribadi berakhlak

Tidaklah  dikatakan seseorang itu memiliki agama sekiranya dia tidak memiliki akhlak yang baik.  Ini kerana akhlak yang baik itu  merupakan buah daripada keimanan yang tumbuh mekar dengan benih  dan asas yang sahih.

****

*

Firman ALLAH:

“Maafkanlah dan suruhlah (menyuruh manusia mengerjakan) kebaikan dan berpalinglah daripada orang yang jahil”

Surah al-A’raf:199

Teruskan membaca

Selagi ada lelaki soleh, pasti ada wanita solehah

ALLAH telah menciptakan manusia penuh dengan keseimbangan.  Justeru, amat mustahil akan pupus wanita solehah jika lelaki soleh masih terdapat di muka bumi ini dan demikianlah sebaliknya.  Hal ini kerana, kedua-duanya berkait rapat dan saling memerlukan.  Mustahil ALLAH yang Maha Adil lagi Maha Pemurah akan menzalimi hamba-NYA dengan membiarkan mereka tanpa pasangan setara dan sesuai, sedangkan Al-Quraan telahpun menjamin hal yang sedemikian

Teruskan membaca

Apa lagi yang boleh di kata?

Teruskan membaca

Biarlah wajah tidak cantik

Siapa yang tidak inginkan kecantikan?  Sesiapapun suka memiliki wajah, pakaian, telefon bimbit dan barang perhiasan yang cantik.  Malangnya tidak ramai yang cantik.  Pemenang pertandingan ratu cantik hanya seorang sahaja,  yang selebihnya secara automatik kuranglah kadar kecantikannya.  Yang bukan ratu, lebih-lebih lagi.  Kadangkala kita melihat wajah orang cantik di majalah, filem dan media massa,  tanpa disedari semacam ada perasaan rendah diri…mengapa aku tidak secantik mereka?

Cantik yang dilihat mata akan sirna.  Cantik yang dilihat jiwa akan kekal selamanya.  Justeru, mana satu menjadi pilihanmu?

Teruskan membaca

Dosa merosakkan hati

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:-

*****

“(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya”

Teruskan membaca

Bermulanya zina!

salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..i love u too..

Teruskan membaca