Batu pun nak masuk syurga?..

Pada suatu hari Rasullulah saw melawat puteri kesayangannya Fatimah Az-Zahra dirumahnya, semasa itu Syaidina Ali tiada di rumah. Ketika Baginda Nabi sampai di rumah dia melihat puteri kesayangannya itu sedang sibuk mengisar gandum  dijadikan tepung untuk dibuat roti. Setelah dijemput masuk oleh puterinya, Fatimah pun mengadu dengan Rasulullah ayahanda tercinta. ” Ayahanda tolonglah beritahu kepada suamiku Ali supaya ia mencari seorang hamba untuk membantuku. kerana aku sudah tidak larat lagi wahai ayahanda”.

Baginda sedih mendengarkan luahan puteri kesayangannya itu. Sehingga menitis air matanya. Tapi dipalingkan mukanya supaya tidak dilihat oleh puteri kesayangannya itu. Tapi sememangnya baginda terkenal dengan kebijaksanaannya. Baginda pun berkata kepada puterinya itu ” wahai Fatimah bukankah engkau ini puteri Rasullulah, engkau juga nanti yang akan masuk ke syurga Allah terlebih dahulu daripada orang lain. Jika engkau merasakan perbuatanmu, menguli tepung sangat berat, kau ucapkanlah subhanalah 33x,Alhamdulilah 33x dan Allahu Akbar 33x. Agar ringan segala pekerjaanmu nanti.

Dan tasbih itu juga dinamakan tasbih Fatimah.

Lalu Rasulullah pun menyingsing lengan bajunya dan mengambil alih kerja puteri kesayangannya itu. Sambil Baginda memegang batu giling pengisar gandum itu, baginda mengucapkan zikir atau tasbih yg diajarkan kepada puterinya tadi. Dengan izin Allah tak semena2 batu giling yang dipegang oleh Rasullullah itu berkata2 ” Wahai Rasullullah manusia senang sahaja nak masuk syurga dengan mengamalkan zikir dan tasbih itu, bagaimana pulak dengan aku dan keturunan ku?” Rasulullah kehairanan dan bertanya ” wahai batu engkau pun nak masuk ke syurga juga ke? dan kenapa engkau nak ke sana” . “ya aku nak masuk syurga, kerana aku takut dan tidak tahan akan panas api neraka” jawab batu itu. Lalu Baginda berdoa kepada Allah memohon supaya Allah memasukkan batu giling itu ke dalam syurga.

Lihatlah ya pembaca, batu pun nak masuk syurga dan taknak masuk neraka. Bagaimana pula dengan kita?

Tasbih inilah yang ringan bacaannya tetapi berat timbangan amalannya. Jika di amalankan setiapkali selepas solat fardhu kita akan beroleh keberkataan kerana mengamalkannya. Contoh kita beli barangnya sama dengan rakan kita, kualiti pun sama kadang2 di kedai yang sama tapi harga yang kita perolehi dari tuan kedai itu berbeza dengan rakan kitra tadi. Harga kita ada diskaun pulak!(ini kisah benar). Boleh juga diamalkan ketika melipat baju, membasuh kain, membasuh dan mencuci pinggan mangkuk dan lain2.  Mungkin ada kejutan2 lain yang Allah berikan menghiasi kehidupan kita seharian..InsyaAllah.

Wassalam

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: