Memaafkan..

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain…itu petanda kau sendiri tidak bahagia.  Pujuk dirimu bahagia apabila melihat “musuh-musuh”mu bahagia.  Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.  Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaan mu.    Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri.  Hidup terlalu singkat untuk membenci.  Sucikanlah hati mencari Ilahi

Wahai diri, ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.  Jika datang orang “menghadiahkan” air mata, ..ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan di lihat manusia yang menjadi ‘sebab’ , lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.  Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan.  NAmun,ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan…tidak ada keyakinan yang mutlak di dunia ini.  Mungkin sahaja ‘penjahat’ yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira.  Dan hamba sejati yang mempunyai ‘hati emas’, akan terus di henyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela.

Bahagialah dengan kebahagian orang lain. Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mengatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya.  Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? .  Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedangkan aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak sama.  Di sana jua tempat berehat segala penat.  Keyakinan terhadap hari akhirat akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia.  Keyakinan kepadda TUHAN akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan.

Belajarlah daripada nabi Yahya a.s dan Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan.  Belajarlah daripada Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan…tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka ‘mempertaruhkan’ nyawa.  Padahal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma ‘harga diri’.  terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.

Sedarlah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu!

Harga diri itu milik kita selamanya.  Tidak akan luput dan dapat di cabut oleh orang lain. Jangan bimbang jika kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga.  Di mata siapa? Di mata diri sendiri.  Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Hati yang ego bertuhankan ‘maddiah’ (material dan fizikal). apabila iblis berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukur tara kemuliaan… dia memberontak.  Berasa Adam dilebihkan.  Iblis tidak bahagia dengan ‘kebahagiaan’ Adam.  Akibat marah, cemburu, derita dan kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: Biar hilang kebahagiaan manusia.  Agar bertempat bersamanya di neraka –derita selama-lamanya.

Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan pabila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain.  Itulah rasa yang sangat merbahaya.  Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku…

Mulakanlah langkah mencari bahagia  dengan merasa bahagia dengan melihat kebahagiaan orang lain.  Langkah pertama itu ialah memberi maaf.  Namun terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.  Bahkan lebih sukar  daripada meminta maaf.  Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata nista.

Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan.  Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah mengadaikan harga diri.  Ahh.. apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah.  Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum kemenangan.

Namun, itu hanya ‘hati besar’ku yang melantunkan suara ego dan marah.  Kesat dan kesumat.  tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. ‘hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan.  Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa.   Bisaikan telus yang mendamaikan  dan meredakan amukan rasa.  Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan.  Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati di sapa oleh sebuah firman

“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.  Nescaya engkau akan dapati musuhmu menjadi seolah-olah saudara” (surah Fussilat:34)

Wahai diri, api jangan di lawan dengan api.  Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri.   Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati.  Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya.  Musuh-musuhmu akan terus ketawa, sedangkan kau sendiri  menderita meneguk bisa.

Musim-musim yang berlalu sewajarnya mendewasakanku.  Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan  memberi kepuasan sementara.  Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.   Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak!..Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali.  Begitulah maksud sebuah sabda.  Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya.  Beban rasa ini biar aku lepaskan.  Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek itu.  Hidup terlalu singkat untuk membenci.  Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.  Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri.

kata bijak pandai,

“apa yang kita berikan akan kita terima kembali”

Betapa legahnya sekarang! Benarlah bahawa, kebaikan itu tampak sukar untuk di laksanakan.  Pahit.  Sakit.  Tetapi apabila dilaksanakan, akan terasa kemanisannya.  Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis.  Namun pabila dilakukan, pasti ada kesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu di dengar dalam tazkirah–yang punya tabsyir dan inzar–bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan.

Dendam itu dosa.  memaafkan pula itu pahala.  Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa.

Kini, hatiku tertanya-tanya lagi…siapa aku, yang sukar memaafkan? Tuan? TUHAN? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam???   Ya ALLAH,…ampunkan lah aku Ya ALLAH..Sengaja atau tanpa sengaja,  sering atau kekadang..aku terlanjur menumpang hak-MU.

lalu, dalam detik yang syahdu ini aku menyeru, marilah sama-sama kita lalui… jambatan hati!

Advertisements
    • nurjiwa
    • 8 April 2011

    nice artikel ini..izinkan share..untuk rujukan saya…time kasih

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: