wanita tidak wajib berkahwin??

Dalam Islam, wanita diberi kedudukan khas dan sering kali mendapat hak istimewa serta hukum khusus yang berlainan dengan lelaki.  Ini kerana, kedudukan dan peranan mereka yang berbeza berbanding lelaki.  Hukum berkahwin bagi wanita adalah sunat dan dituntut bagi memenuhi fitrah mereka kejalan yang selamat serta diredhai ALLAH.  Namun mereka diberi pilihan samaada untuk melaksanakanya atau tidak.  Dalam ertikata yang lain , mereka boleh memilih untuk tidak berkahwin sekiranya itu yang diinginkan.

Abi Sa’id menceritakan bahawa seorang lelaki menemui Rasulullah bersama anak perempuannya, lalu berkata

“Sesungguhnya anak perempuanku ini enggan di kahwinkan.”  Baginda pun berkata kepadanya (anak perempuan itu) : ” Taatlah kepada bapamu.”  Perempuan itu menjawab: “Tidak. sehingga engkau memberitahu aku tentang suami terhadap isterinya.”  Maka, baginda menjawab pertanyaan itu dengan bersabda:”Hak suami keatas isterinya ialah sekiranya suami itu mempunyai luka yang berdarah dan bernanah di seluruh badanya kemudian jika di jilat oleh isterinya itu sekalipun, maka belumlah lagi tertunai kewajipan isterinya itu.”  Lalu perempuan itu pun berkata: “Demi jiwa yang mengutuskan engkau dengan kebenaran. Sesungguhnya aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.”  Lalu baginda bersabda:” Janganlah menikahkan mereka (perempuan) kecuali dengan izin mereka”.(hadis hasan riwayat Ibn Abi Syaibah, no.17116)

Meskipun wanita tidak diwajibkan berkahwin, namun ia adalah al-Sunnah yang dituntut ke atas mereka bagi memenuhi fitrah sebagai isteri dan ibu.  Oleh itu, para ibu bapa haruslah berusah mencari pasangan beragama untuk anak apabila mereka sudah menginjak usia dewasa.   Status isteri inilah yang akan dapat mendamaikan hati lelaki.  Status ibu pula akan membolehkan umat Muhammad berkembang dan seterusnya mengimarahkan bumi ini dengan tauhid-Nya.

Oleh itu, ibu bapa dan pihak keluar hendaklah sentiasa memelihara hak serta tanggungjawab dengan mengkahwinkan anak gadis mereka apabila telah sampai waktu.  Malah, ibu bapa juga perlu mencarikan jodoh yang sesuai untuk anak mereka.  Ini sesuai dengan tuntutan agama kerana ia termasuk salah satu daripada kewajiban ibu bapa terhadap anak-anak mereka.


sumber: Mencari Pasangan Hidup (Ustaz Emran Ahmad)

Advertisements
  1. sedikit tambahan:
    menurut jumhur ulama’ fiqh, hukum asal perkahwinan adalah mubah (harus) apapun, hukum berkahwin boleh jadi wajib / sunat / makruh / haram mengikut situasi dan keadaan seseorang.
    wallahua’lam.

  2. Suami yang bagaimana pula yang ‘layak’ dijilat isterinya? BUKAN sebarang suami yang layak mendapat pengiktirafan begitu.

    Firman Allah SWT mafhumnya, “…Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya….”

    Satu tingkatan kelebihan itu adakah sekadar layak dijilat isteri??

    • boleh ana tahu firman Allah itu dalam surah apa dan ayat yg keberapa?

      • QS 2:228

        Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri. Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

        Jangan tersilap konsep. Taat membuta adalah kurang pandai/bijak (a.k.a BODOH la).

        Lihat juga QS 4:34, mafhumnya, “…Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka…”

        Jika dilihat pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar rajul adalah pelindung wanita disebabkan rajul mempunyai kelebihan di atas wanita disebabkan lelaki rajul membelanjakan dari pendapatannya untuk wanita. Ini bererti bukan sebarang lelaki yang mempunyai kelebihan di atas wanita tetapi lelaki yang mempunyai sedikit kelebihan adalah lelaki yang memberi nafkah kepada wanita (isterinya). [NB : Suami yang culas berikan hak isteri, maksudnya yang tidak bertanggungjawab dalam nafkah zahir dan batin, BUKAN seorang rajul. Jika suami BUKAN seorang rajul, layakkah nanahnya di’jilat’ isteri?]

        Pesan saya, jangan salah konsep. Jaga tanggungjawab dan KENA jaga juga hak anda sebagai isteri.

    • Maafkan ana. Ana tidak tahu. Ana hanya sekadar ingin berkongsi. Rasanya ana belum selayaknya untuk menjawab pertanyaan anda. Namun ana mengalu-alukan perkongsian pendapat yang boleh di kongsi bersama daripada semua….w/hu’alam.

    • syukran di atas perkongsian ilmu ALLAH sebegini..

  3. walaupun perkahwinan tidak wajib bg wanita, tetapi banyak kerugian bagi wanita menolak perkahwinan

    Pada pandangan org Islam, org yg x bkhwn di anggp jelek. Golongan ini tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

    Umumnya bg kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumah tangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat amat mudah. Hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :”Sekiranya seorang wanita dapat melakukan 4 perkara, iaitu sembahyang 5 waktu, puasa pd bln Ramadhan, menjaga maruah dan taat pada suami maka masuklah syurga mana2 yg dia kehendaki”

    Sekiranya wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pd maqam yg ke-4. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, bpuasa dan menjaga maruah, wanita yg tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bg seorg wanita, sehinggalah keredhan Allah S.W.T pun bergantung kepada redha suami. Besar pahala yg diperolehi bg wanita yg bkhwin….W/hu’alam

  4. salam ukhwah…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: