Saat berpisah..

Saat perpisahan itu pasti tiba.  Dan tidak ada masa yang paling sesuai untuk saat itu.  Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak di duga.  Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati.  Bila sanggup datang mesti sanggup pulang.  Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah di tentukan.  Tujuan ke sini untuk di uji…tiba masanya pasti kembali!!

Mengapa terlalu enggan berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?  Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi.  Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara.  Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua.

Kata mereka yang arif tentang kehidupan:

“Manusia lahir bersama tangisan,  dicelahi kehidupannya dengan tangisan dan akan di hantar ke pusara dengan  tangisan”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki?  Tidak ada.  Justeru, hiduplah berpada-pada.  Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang.  Hatinya tetap merindui kampung halaman.  Hiduplah bagai orang yang sedang  menyeberangi jambatan.  Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara.  Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara.  Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa.  Jangan terlalu gembira jangan pula terlalu berdukacita.

Tidak ada kesenangan yang tidak di iringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak di iringi kesenanhgan.  Selepas ketawa, pasti menyusul air mata.  selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma.

ALLAH memberikan terang untuk bersyukur.  ALLAH berikan gelap untuk bersabar

Jadilah insan lara yang temanya mujahadahdan taubat.  Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah  kejahatan dan dosa.  Jatuh ,bangun kembali.  Jatuh, bangun lagi.

Ukirlah seribu taubat walaupun telah beribu-ribu kali di mungkiri.  ALLAH tidak akan jemu dengan taubat hamba-NYA selagi kita tidak putus asa dengan-NYA.  Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah.  Jangan mengalah.

Kau tidak akan kalah selagi kau tidak mengalah

Luruskan jalan menuju TUHAN  dengan tulusnya hati sesama insan.  Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang.  Jika tidak mampu menjulang, ingat selalu kata hukama:

“Jika kau mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat yang membusukannya”

Jika tidak dapat mengucapkan perkatan yang baik, banyakkan diam.  Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.  Setiap kita mempunyai kelebihan.  Kata orang,

TUHAN tidak menciptakan manusia bodoh.  TUHAN mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza

Justeru, carilah apakah ‘kebijaksanaan’ itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.  Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan di jemput maut…katakanlah pada diri, bila berhadapan dengannya kita akan lupa segala-galanya.  Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu apabila berhadapan dengan detik itu.

Kita akan terlupa jalan yang kita tinggalkan di belakang kerana memandang jalan yang lebih jauh merentang di hadapan.  Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat.  Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia suatu permulaan kepada kehidupan yang lebih sejati dan hakiki.  Mati itu hanya proses perpindahan–dari alam dunia ke alam barzakh.  Sama seperti kelahiran “proses berpindah dari ala rahim ke alam dunia”

Ya, kalau sanggup datang mesti sanggup pulang.  Hati sewajarnya berasa bertemu taak jemu, berpisah tak gelisah.  Bukankah kita bertemu untuk berpisah?  Dan berpisah untuk bertemu?  Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama  di hujung destinasinya..syurga!

Pada kita cuma pasrah….(u_u)

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: