Aku adalah wanita..

Aku adalah WANITA,

Lahirku sebagai khalifahNYA

Jua sebagai pelengkap sebuah cinta

Seperti wanita biasa

Aku jua punya rasa malu

Sebagai pakaianku seorang hawa

Aku punya kelembutan

Sebagai penahan kemarahan

Jua penghindar keegoanku…

**********

Aku adalah WANITA,

Kesetiaanku melebihi kepercayaanku,

Ketegasanku melebihi kemarahanku,

Kecantikan akhlakku melebihi kecantikan rupaku

Kasih sayangku melebihi kepentinganku

Pemberianku melebihi penerimaan…

**********

Aku adalah WANITA,

Walau aku tidaklah sebijak Aisyah

Isteri Baginda,

Walau aku tidaklah setabah Siti Maryam

Ibu kepada Isa as,

Walau aku tidaklah sesolehah Siti Fatimah

Puteri kesayangan Baginda,

Jua seistimewa seperti para kekasihNYA

Tetapi aku tahu,

Masih ada ruang untuk aku menjadi seperti mereka

Kerana kehebatan cinta kepadaMU Ya Allah

Akan menjadikan aku seperti

Rabiatul Adawiyah yang mengabdikan

Seluruh hidupnya keranaMU,

Jua seperti

Ainul Mardhiah yang menunggu

Kekasihnya dipintu syurga……..

**********

Aku adalah WANITA,

Hidupku bukanlah hanya untuk cinta biasa,

Yang begitu payah untuk dimula

Tetapi mudah hancur sekelip mata,

Yang begitu mudah dicari

Tetapi mudah jua dilupai,

Yang boleh ditemui dimana–mana

Jua boleh dibuang merata–rata

Kerana

Hatiku lumpuh tanpa cinta sejati

Sebagai penunjuk jiwa jua hati

Tatkala hatiku gelap ia suluhi

Tatkala hatiku kosong, ia penuhi

Tatkala hatiku berduka, ia senangi

Tatkala hatiku senang, ia mengingati

Itulah cinta dari Ilahi

Cinta yang perlukan pengorbanan

Tetapi memberi bahagia sebagai balasan…..

**********

Aku adalah WANITA,

Yang suatu hari pasti menemui ajalnya

entah waktu kini atau tua

Aku sendiri tidak mampu menyangka

Kerana itulah abah jua mama

Maafkan aku sebagai anak  kalian berdua

Ampunkan salah dan silap segala

Aku tahu aku bukanlah anak seperti yang diminta

Tetapi akan aku cuba

Menjadi insan penyejuk mata

Biar bukan pada nyata

Bukan pada pandangan mata

Tetapi hati kalian akan ku nyala

Dengan api kekuatan cinta

Kerna hati ku begitu bersyukur kepadaNYA

Yang menjadikan aku anak kalian berdua

Inilah nikmat terbesar dan tak ternilai jua

Tanpa ku minta

Dia beri padaku nikmat ini

Yang tak mungkin aku lupai

Walau jasadku bakal mati…………..

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: