Tanpa hijab, wanita lebih cantik!

Inilah pegangan yang diracuni oleh iblis ke dalam pemikiran dan hati kaum wanita.  Semua ini mengandungi anak panah yang sedia untuk menembusi mata dan hati serta syahwat kaum lelaki dan akhirnya mereka terpedaya dengan sumpah iblis.  Iblis juga telah berjanji untuk mendatangi kaum Adam dari pelbagai sudut bagi membolehkan sesuatu perkara dosa atau maksiat itu di lihat seolah-olah tiada cacat celanya!

Pada tahap ini iblis telah menggoda wanita bahawa, dengan adanya hijab, kecantikan, keaslian, keistimewaan diri wanita itu tidak akan terserlah jika mereka terus menerus menutupi  diri mereka dengan hijab.  Mereka harus membuka dan menghias diri mereka secantik mungkin bagi meningkatkan keyakiinan serte penampilan pada pandangan mata kaum lelaki agar mudah diterima.  Jika mereka masih menutup badan mereka, mereka akan dikatakan ketinggalan zaman dan tidak maju! Inilah kekeliruan yang dibisikan  di dalam hati kaum hawa.

Pada tahap ini, iblis memusatkan seluruh tenaganya untuk memesongkan cara berfikir kaum Hawa dengan menyatakan pakaian apapun hijab itu tidak ada kaitannya dengan dosa dan pahala, azab Allah SWT dan agama, ianya hanya sekadar pertunjukan dan persembahan diri yang bernama fesyen terkini dan ianya amat sesuai dengan gaya terkini bagi wanita zaman milenium.  Maka tidak ada syarat atau peraturan yang tertentu bagi cara berpakaian untuk kaum wanita.

Zaman demi zaman, cara dan gaya kehidupan manusia berubah dan fesyen turut berubah! Maka wanita turut berubah atas nama fesyen!  Iinilah yang berlaku kepada kaum Hawayang terpedaya dengan bisikan iblis di hatinya!  Berbeza pula dengan seorang wanita atau sekelompok kaum Hawa yang masih mengekalkan cara berpakaian dengan mengenakan hujab (menutup sebahagian badan yang disyariatkan).  Mereka tetap berpegang teguh dengan prinsip walaupun fesyen tetap berubah! Inilah yang dikatakan sebagai ikan dilautan tetap tidak akan masin walaupun keseluruhan air laut itu masin.  Walau apapun keadaan yang berubah, mereka tetap berpegang kepada prinsip dan inilah kaum wanita yang tidak terpedaya dengan bisikan iblis.

Namun yang demikian, sumpah iblis ini adalah satu sumpah yang serius dan ianya begitu besar maknanya bagi iblis.  Mereka tidak akan berhenti dari terus membisikan ke dalam hati kaum Hawa.  Akhirnya iblis akan membisikan seperti ini kepada kaum Hawa untuk membawa sekali kaum Adam ke lembah maksiat  dengan   mengatakan,

Tidak mengapa jika kita mengangkat sedikit kain di bahagian pergelangan tangan ke siku! Bukankah tapak tangan boleh dilihat dan lelaki sudah biasa melihat tapak tangan perempuan.  Barulah nampak cantik.  Gaya fesyen muslimah terkini.  Tengok!  Kan tiada apa-apa kesan.  Lelaki biasa sahaja jika melihatbahagian lengan hingga ke siku!

Apabila pergelangan tangan hingga ke siku suda biasa di buka, maka datang lagi bisikan yang seterusnya,

Bahagian lengan sudah lama di buka.  Sudah biasa.  Masih tidak ada apa-apa kesan kepada sesiapa pun.  Sekarang suhu di negara kita panas.  Jika kita sering menutup di bahagian leher kita, maka kita akan berasa tidak selesa dan panas! Jika kita buka di bahagian leher, maka kita tidak akan berasa panas malah lebih selesa untuk bergerak di mana-mana!

Maka fesyen terbaru di pakai oleh golongan Hawa atas alasan panas di dunia.  Bermulalah episod membuka di bahagian leher dan kemudian kaum lelaki mula melihat dengan jelingan yang ringan di bahagian leher wanita.  Suara itu akan terus berbisik lagi dengan mengatakan,

Banyak lagi fesyen-fesyen terbaru yang ada di pasaran! Tidak mahukah kita ingin mencubanya?  Rugi kalau kita tidak mencubanya sebab fesyen terkini akan membuatkan kita berasa lebih yakin dengan diri kita!

Maka bisikan itu di beli oleh hati yang sudah lama dibiarkan dengan bisikan iblis.  Akhirnya wanita hari ini berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang!  Inilah bisikan yang terus menerus, bertiimpa-timpa kepada kaum wanita sehingga mereka ditelanjangi oleh iblis!  Jika wanita sudah ditelanjangi, apakah reaksi kaum lelaki?  Adakah mereka mampu bertahan dengan keadaan wanita hari ini yang sudah ditelanjangkan oleh iblis?  Bukankah itu ruang yang sudah disediakan oleh iblis untuk kaum lelaki melakukan maksiat mata, tangan, hati,kemaluan dan semuanya dengan kaum wanita!! Betapa ramainya wanita yang sudah ditelanjangkan oleh iblis!

Disediakan untuk lelaki hari ini yang juga dibisikan kepada hatinya dengan berkata,

Engkau tidak mahukah tengo perempuan itu!?  Dia kan sudah bersedia untuk dilayani oleh engkau!? Tidak ada siapa yang tahu.  Lihatlah di bahagian lehernya yang putih itu.  Lihatlah kulit yang putih dan gebu perempuan itu.  Dia sedang menunggu respons dari kamu!!!

Bukankah bisikan ini bisikan yang paling sukar uuntuk ditolak oleh semua lelaki kecuali mereka yang diberikan kekuatan.  Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam katanya iaitu kasiyat ‘ariyat yang bererti berpakaian tetapi telanjang.  Keadaan inilah yang berlaku di kalangan kaum wanita muslim hari ini, yang mana mereka merasakan diri mereka cool, vogue, mengikut peredaran zaman dan sebagainya….

Dalam bab lapan: Hikmah bila jauhi zina (i)

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: