Pesan Ibu

Anakku,

tahukah kau,

betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu

biarpun tempoh menanti jerit tangis itu

bergelut dengan kudrat dan nyawa

namun ibu bangga

kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat

yang sekian lama di nanti


Anakku,

terasa baru semalam ibu mendodoimu

meriba, dan menyusuimu,

bagaikan baru kelmarin kau berlari lari anak

belajar bercakap,

merengek minta di belai,

di suap nasi ke mulut

hingga ibu lupa

rupanya anak ibu dah besar panjang pun

**

Pejam celik pejam celik

dah tiba masanya kita berpisah buat seketika

dan ingatlah anaku sayang

pergimu bukan bererti engkau lepas bebas

tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan

menunaikan impian semua

**

Ingat anaku,

kita bukan orang senang

ibu tiada harta untuk di tinggalkan

kecuali ilmu yang kau ada

ibu dah bekalkan kau dengan agama

amalkan lah setiap masa

buatlah apa yang di suruh

tinggalkan apa yang di tegah

Pesan ibu,

jangan kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan

jangan ikut teletah rakan-rakan

gunakanlah peluang ini

kerana ia datang hanya sekali

dan ketika ia kembali

ibu dapat bayangkan

betapa bahagianya hidup ini

betapa ringanya bebanan

bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah

**

Dan pasti ketika itu

kita dah tak tinggal lagi di rumah usang

biarpun masanya masih panjang lagi

tapi ibu sentiasa mendoakan

ianya menjadi kenyataan

biarpun ibu di sini

masih bermain lumpur

bermandikan getah,

untuk menyara mu

tapi ibu berharap sangat

janganlah siakan keringat ibumu yang mengharap

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: