Biarlah wajah tidak cantik

Siapa yang tidak inginkan kecantikan?  Sesiapapun suka memiliki wajah, pakaian, telefon bimbit dan barang perhiasan yang cantik.  Malangnya tidak ramai yang cantik.  Pemenang pertandingan ratu cantik hanya seorang sahaja,  yang selebihnya secara automatik kuranglah kadar kecantikannya.  Yang bukan ratu, lebih-lebih lagi.  Kadangkala kita melihat wajah orang cantik di majalah, filem dan media massa,  tanpa disedari semacam ada perasaan rendah diri…mengapa aku tidak secantik mereka?

Cantik yang dilihat mata akan sirna.  Cantik yang dilihat jiwa akan kekal selamanya.  Justeru, mana satu menjadi pilihanmu?

Produk mengenai kecantikan adalah yang paling laris di pasaran.  Semuanya hendakkan kulit yang putih, lembut, cekang, gebu dan menawan.  Sebenarnya, tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia.  Semua orang sukakan kecantikan.  Justeru, ALLAH yang kita sembah itupun sangat cantik. Rasulullah saw. menegaskan, ALLAH itu indah dan sukakan keindahan.  Keindahan ALLAH terletak pada sifat-sifat kesempurnaanNYA.  Apabila sesuatu itu sempurna,maka tentulah ia indah.  ALLAH sangat indah, baik pada nama, hasil ciptaan dan sifat-NYA.

ALLAH juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang di turunkan oleh ALLAH untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah.  Contohnya wanita.  Ia juga adalah ciptaan ALLAH dan tentu sahaja wanita itu cantik.  Soalnya, dimanakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan pelbagai insan, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan.  Ada yang merasakan kecantikan itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan.  Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam.  Dan tentu sahaja kecantikan  yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.  Misalnya kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat laun akan dimakan usia.  Itu hanya bersifat sementara.  Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut dan tentulah wajah tidak cantik lagi.  Jadi, tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba ALLAH, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian ALLAH atas keyakinan apa yang dinilai oleh-NYA lebih tepat dan betul.  Kecantikan yang dimaksudkan adalah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal.  Inilah kecantikan hakiki mengikut penilaian ALLAH.  Dan kecantikan akhlak ini juga adalah sesuatu yang lebih abadi.  Justeru, kata pepatah, hutang budi dibawa mati.  Malah, akhlak yang baik juga amat disukai oleh hati manusia.  Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.  Wanita solehah itu perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat.   Mereka akan terdidik dengan baik.  Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan mempermudahkan urusan rumah tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih sayang dan lain-lain.  Tutur katanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah….bak bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Mahukah kita menjadi wanita yang memiliki kecantikan wajah tetapi musnah hidupnya? Tetapi apa yang pasti, menurut Islam, jika kecantikan tidak di sertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri.  Akibatnya ramai wanita cantik di perdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat pada bintang filem barat, ada yang memporak-porandakan negara, rumah tangga dan berakhir dengan bunuh diri.  Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama kecantikan wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a ataupun Atiqah binti zaid (sekadar contoh).

Bagaimana caranya mendapat kecantikan sejati?  perlu kita fahami bahawa, kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.  Oleh itu, tanamkanlah di dalam hati bahawa iman yang benar-benar kuat adalah berdasarkan ilmu tepat dan penghayatan yang tinggi.  kemudian, buktikanlah dengan perbuatan yang baik.  Perkara kedua pula ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik.  Ertinya kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan TUHAN.

Dan apabila iman di tanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Inilah yang dikatakan kecantikan hakiki.  Biar buruk rupa jangan buruk perangai.  Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Walaupun kita tidak cantik, ini tidak bermakna kita harus berasa malu.  Ini kerana kita mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada kita.  Apakah kelebihan itu?  Ya,  kita sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yang perlu kita manfaat untuk membuang rasa malutidak bertempat yang singgah di hati kita sekarang.

Untuk mendapat kasih sayang, kita tidak perlu cantik.  Kita tidak boleh mengubah wajah, tetapi kita boleh mengubah kelakuan kita.  Daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik.  Insya-ALLAH, ramai orang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya, kita sudah tidak lagi mengagumi lagi kecantikannya.  Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yang celopar dan sikapnya yang kasar.

Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari, semakin menawan pula gayanya. Sudah terlindung hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik.  Kita boleh menjadi orang itu dan percayalah bahawa kita akan disayangi.

Ledakan Mujahidah: Janganlah bersedih jika tidak memiliki kecantikan seperti mereka.  Kita tidak cantik tak apa. Yang penting kita memiliki hati dan iman yang tetap untuk ALLAH…kita tidak dijadikan untuk dipersia-siakan.  Tetapi jangan mempersiakan apa yang kita ada.  Manfaatkannya..orang akan lebih tertarik denganmu andai engkau berakhlak….yakinlah janji ALLAH…Selamat bermuhasabah dan bermujahidah muslimahku…

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: