Agama mencorak peribadi berakhlak

Tidaklah  dikatakan seseorang itu memiliki agama sekiranya dia tidak memiliki akhlak yang baik.  Ini kerana akhlak yang baik itu  merupakan buah daripada keimanan yang tumbuh mekar dengan benih  dan asas yang sahih.

****

*

Firman ALLAH:

“Maafkanlah dan suruhlah (menyuruh manusia mengerjakan) kebaikan dan berpalinglah daripada orang yang jahil”

Surah al-A’raf:199

Berkata Ja’far as-Siddiq:

“Allah memerintah nabi-NYA supaya menunjukkan akhlak yang baik pada ayat.”  Abdullah ibn Zubair dan Mujahid juga bersetuju degan maksud yang sama pada ayat ini.

Tafsir al-Qurtubi, jil.7 ms.345 dan Tafsir at-Tabrani, jil.9 ms.104

Juga di dalam hadis Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Berakhlakla dengan manusia dengan akhlak yang baik”

-Hadis hasan riwayat at-Tirmizi, no.1987, Ahmad dan ad-Darimi

Juga di dalam hadis  riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan ahmad dengan sanad sahih menyebutkan bahawa tidak ada amalan yang lebih berat timbangan mizannya (neraca) kecuali akhlak mulia.  Hadis seperti ini sangatlah banyak.  Kaitan antara iman dengan akhlak sangatlah hampir.  Seolah-olah tidak wujud iman melainkan dengan akhlak dan tidak tercapai akhlak kecuali dengan beriman.  Ini dibuktikan lagi dengan sabda Rasulullah yang menyebut tentang kesempurnaan iman seseorang mukmin itu ialah yang paling baik akhlaknya.

Akhlak adalah perilaku dan perbuatan seseorang dalam mengendalika urusan kehidupan yang fitrah.  Akhlak baik bermaksud, dikendaikan anggota badan dengan baik, sama ada kepada dirinya atau orang lain untuk memenuhi keperluan fitrah seperti makan, munum, bercakap dan berhubung.  Kebahagiaan sangat berkait rapat dengan akhlak dan tingkah laku seseorang dalam kehidupan khususnya alam berumah tangga.  Akhlak mulia bererti, setiap tingkah laku dibuat dengan penuh berhati-hati sehingga menyenangkan orang yang melihat dan yang berada di sekitarnya.

Untuk mencapainya, haruslah melalui didikan agama dan keimanan yang benar lagi sahih.  Maka sekali lagi agama menjadi faktor penting dalam membentuk peribadi berakhlak lagi mulia.  Jadi, waarlah disedari betapa besarnya pengaruh agama demi mencapai kebahagiaan di dalam kehidupan. Justeru, seharusnya difahami bahawa kita sangat-sangat memerlukan kepada agama

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: