Bahaya facebook (1)

Mungkin kita pernah terdengar atau pernah terbaca mengenai bahaya facebook. Ia boleh membahayakan kesihatan,membazirkan waktu dan banyak lagi.

Alhamdulillah..dengan adanya buku ini, saya dapat menambah lagi ilmu berkaitan facebook kerana saya juga merupakan salah seorang pengguna facebook.  Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Tapi alhamdulillah saya dapat memahaminya walaupun bukan seratus peratus.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dan ilmu yang saya perolehi dari buku ini.

Dalam buku ini terdapat beberapa bahagian yang menarik minat saya untuk mengetahuinya dan mungkin sahabat-sahabat yang lain juga .

  • sejarah facebook
  • kenapa facebook begitu diminati ramai?
  • Bahaya facebook
  • Islamkan facebook anda
  • tips selamat untuk berfacebook


Kenapa facebook begitu di minati ramai?

  1. status senang nak di update
  2. kita boleh mengetahui aktiviti terkini setiap saat
  3. boleh bersembang dengan adanya ruangan chat di bahagian bawah hujung sebelah kanan page
  4. kita boleh mengetahui siapa yang sedang online
  5. senang nak online dengan adanya  facebook di handphone anda. Maksudnya kita  boleh bawa facebook ke mana sahaja kita pergi
  6. dengan mudah sahaja kita dapat bertemu dengan sahabat lama
  7. adanya album foto elektronik.  Yang mana kita boleh tag sahabat-sahabat lain untuk berkongsi kenangan bersama melalui gambar tersebut.
  8. terdapat banyak aplikasi yang menarik.  Contohnya, game via facebook
  9. mudah untuk berbisnes kerana facebook memilki public visitor yang sangat tinggi yang boleh menjadi syurga bagi para pengiklan
  10. banyak kuiz yang boleh didapati.  contohnya, “Jodoh anda dengan siapa?”

Tanda-tanda anda telah dikuasai  facebook:

  1. facebook telah menjadi homepage internet di PC ataupun laptop anda
  2. Anda mengubah status anda di facebook lebih dari dua kali sehari dan rajin mengcomment perubahan status orang lain
  3. friends anda sudah melebihi angka 500 orang dan setengahnya hampir tidak di kenali
  4. Apabila anda tidak dapat berhadapan dengan laptop anda, anda menggunakan alternatif lain (menggunakan facebook mobile)
  5. rajin membaca profile teman lebih dari dua kali sehari, meski dia tidak mengpost di wall anda dan tidak mengtag anda di dalam photo electronicnya
  6. anda mengubah profile photo lebih daripada 12 kali
  7. anda membaca note ini sambil berfacebook…….
  8. anda rajin membersihkan wall agar terlihat seolah-olah sudah lama tidak sign in
  9. menjadi anggota lebih dari 10 group dan meresonds setiap undangan, walaupun sebenarnya anda tidak berminat
  10. anda mengubah status hubungan anda hanya untuk meningkatkan populariti di facebook

bersambung…


Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: