Selagi ada lelaki soleh, pasti ada wanita solehah

ALLAH telah menciptakan manusia penuh dengan keseimbangan.  Justeru, amat mustahil akan pupus wanita solehah jika lelaki soleh masih terdapat di muka bumi ini dan demikianlah sebaliknya.  Hal ini kerana, kedua-duanya berkait rapat dan saling memerlukan.  Mustahil ALLAH yang Maha Adil lagi Maha Pemurah akan menzalimi hamba-NYA dengan membiarkan mereka tanpa pasangan setara dan sesuai, sedangkan Al-Quraan telahpun menjamin hal yang sedemikian

Firman ALLAH:

“Lelaki yan berzina tidak boleh mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik; dan yang demikian itu diharamkan atas orang yang mukmin”

Surah a-Nur:3

Firman ALLAH lagi:

“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang munkar, mendirikan solat, menunakan zakat dan mereka taat kepada ALLAH dan Rasul-NYA; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesunggunya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Surah at-Taubah:7

Justeru pastinya dan yakinlah bahawa wanita solehah tidak akan berada jauh daripada lingkungan lelaki yang soleh.  Ibarat aur dengan tebing, seperti lebah dengan bunga, ibu dengan anak.  Sekiranya ditemui kelibat lelaki soleh di sebuah tempat, nescaya kita juga pasti akan dapat menghidu keharuman wanita solehah yang berada berhampiran.

Kejelasan ini terhasil mungkin akibat daripada kerosakan zaman dan umat  yang sarat dengan penyakit akhlak serta akidah.  Maka, wangian iman lelaki soleh dan wanita solehah pasti akan mudah tercium serta dapat di bezakan daripada bauan lain biarpun jauh.

Sufyan as-Tsauri ada mengatakan:

“Jika sampai (khabar) kepadamu tentang seseorang di arah timur ada pendukung al-Sunnah dan yang lainnya di arah barat, maka kirimkanlah salam kepadanya dan doakanlah mereka.  Alangkah sedikitnya ahl al-sunnah wa al-jamaah

Diriwayakan oleh al-Lalaka’i di dalam Syarbus Sunnah. jil. 1,ms.64 dan Ibn al-Jauzi di dalam Talbis al-Iblis, ms.9

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: