Arkib untuk Julai 2010

Bila hati berkarat

2472978678_d8266c67c3Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” Tanya sahabat, “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya? Sabda Baginda, “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” [ Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

Teruskan membaca

Advertisements

Palestin itu jauh dari kita

Kadang-kadang bila saya memasang radio IKIM dan pada waktu itu kedengaran sebuah sajak yang dibacakan dengan diiringi oleh muzik perlahan. Saya cuba menghayati bait-bait puisi yang dibacakan oleh DJ mengenai Palestin. Ternyata sajak ini benar-benar meruntun jiwa, menyentak perasaan saya yang selama ini leka dibuai dengan nikmat kesenangan dan keamanan yang diberikan oleh Allah.  Sajak betapa jauhnya diri kita dari Palestin. Betapa jauhnya nilai diri kita dengan nilai rakyat Palestin. Terlalu banyak perbezaannya. Cuba hayati bait-bait sajak di bawah.

Teruskan membaca

pengantin baru..

Pada 1 masa ditetapkan kita pasti dirisik,Pertunangan sejak azali, di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak, tetamu bertandang menghadiahkan tangisan dan bacaan yassin, pengantin di mandikan, dipakaikan wangian,gaharu cendana dijadikan pelamin,pengantin bersanding sendirian di arak keliling kampung berkompangkan azan dan kalimah kudus,akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad bersaksikan nisan-nisan, siraman mawar keluarga terdekat, malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah sedalam 7 kaki..RENUNGKANLAH

Bangun wahai anakku…..

Seorang ibu yang tidak boleh menerima kenyataan tentang kematian anaknya… menggerakkan anaknya yang telah syahid agar bangun untuk meneruskan kehidupan…

Betapa pilunya melihat nasib umat Islam yang menjadi permainan amerika dan yahudi, yang diberi kemewahan akan leka dan dibuai mimpi indah dalam istana…

yang disembelih sebagai habuan kepada Nabi Isa …(aqidah yahudi) akan merana jiwa dan jasad.

yang dilaga dan di batu apikan akan terus berbunuhan sesama sendiri..

Begitulah hebatnya permainan yahudi dan syaitan dalam merosakkan manusia dan isi bumi.

Mati itu motivasi. Percaya?

Kebelakangan ini, otak saya asyik memikirkan mati.

Sudah hampir ajal kah? Saya tak pernah percaya banyak mengingati mati itu tanda sudah hampir ajal. Sebab mengingati mati adalah digalakkan oleh Rasulullah SAW. Tambahan, umur adalah di dalam ilmu Allah. Cepat lambat itu urusannya.

Mengingati mati bukannya hendak mati cepat. Tetapi ia adalah persediaan.

Memikirkan kematian, membuatkan saya mendapat sesuatu.

Teruskan membaca

Ramadhan yang menghampir, jangan kita yang meminggir.

Bulan ini bulan Sya’ban. Bila masuk Bulan Sya’ban, satu perkara yang terdetik di dalam hati adalah Ramadhan. Waah… Ramadhan semakin menghampiri. MasyaAllah. Pejam celik pejam celik, Allah telah menghampirkan kita kepada Ramadhan.

Belum pasti lagi mampu mengucupnya, belum pasti lagi kita akan menjejaknya, namun kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar Allah memberikan kita sekali lagi peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia itu.

Teruskan membaca

Sepatah dua kata

MA-TI

(Sepatah tapi ada dua kata)