Perancangan yang dirancang?tidak…

Manusia yang gagal merancang merupakan manusia yang merancang untuk gagal.  Ayat ini memang kerap kita dengar.Namun,masih ada orang yang gagal merancang hidupnya dengan baik. Tidak kira apa kesudahan yang kita bakal perolehi, kita seharusnya bijak merancang untuk masa hadapan. kita merancang untuk menyambung pelajaran, berkahwin, bersama-sama dengan orang yang kita sayangi sampai hujung nyawa kita. Namun perancangan itu belum tentu terjadi.  Namun ada satu perkara yang sama ada kita rancang atau tidak, pasti akan terjadi. Iaitu kematian… Setiap  yang bernyawa, pasti akan merasa kematian. Inilah yang ingin saya coretkan dikesempatan yang  ALLAH berikan ini.  

 Nabi kita pernah berpesan berkaitan dengan kualiti solat,“sembahyanglah kamu dengan sembahyang perpisahan”.  Melalui pesanan Rasulullah ini ia dapat memberikan saya kesedaran yang mana kematian kita kelak adalah di antara dua solat. Andainya kita telah selesai solat Asar, tidak ada jaminan yang kita sempat menunaikan solat magrib. Begitulah perumpamaan yang dapat saya buat. Sekiranya kita tidak melihat ALLAH dalam apa yang kita lakukan, ingatlah ALLAH melihat apa yang kita lakukan. 

 

Hargailah sebuah kehidupan kerana kematian itu suatu yang pasti. Cuma masanya yang masih menjadi rahsiaNYA. Saya pernah terbaca satu cerita. Di pendekkan cerita, janganlah kita terlalu memikirkan kematian, kerana banyak kebarangkalian yang mungkin berlaku. Mungkin bukan mereka yang sakit akan pergi dahulu, tetapi kita. w/hu’alam. Nikmatilah hari-hari yang ada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi. Kerana mungkin selepas ini kita akan kehilangan mereka ataupun sebaliknya. 

 

 

 

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: