Tidak ada alasan bagimu meninggalkan dakwah

Sesungguhnya setiap muslim adalah da’ie! dipunaknya terpikul tugas amar ma’ruf nahi mungkar! Andai tidak mampu berdakwah melalui perucapan, berdakwahlah melalui penulisan kerana tidak ada alasan untukmu meninggalkan dakwah. Ya tidak tidak ada alasan saudaraku.

Tahukah engkau kelebihan utama mengapa perlu berdakwah?..andainya engkau tahu, tentu tidak ada lagi alasan untukmu menidakkannya..

Kelebihan berdakwah:

  1. Besarnya pahala seorang da’ie
  2. Semua manusia menantikan dakwah kita
  3. Rahsia yang tidak kita ketahui, dakwah memanjangkan usia
  4. Musuh-musuh ALLAH sentiasa menyerang kita

Ganjaran hebat berupa pahala besar buat para da’ie. “Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja, hingga dengan perjuanganmu itu, dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqomah didalamnya. Yakinlah sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam, engkau makan di saat dia berpuasa, engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji, dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan ALLAH, pahalanya tetap akan mengalir untukmu, setara dengan pahalanya, tanpa dikurangi sedikitpun. Bagaimana jika engkau berjaya membimbing manusia lebih dari seorang?  Bagaimana pula jika engkau Berjaya membina manusia lebih dari sepuluh? Sungguh, engkau akan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda”

Dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka itu sedikit pun”

Jelas, betapa lumayannya ganjaran bagi mereka yang menyeru orang lain ke arah kebaikan, amal ma’ruf nahi mungkar. Dengan izin ALLAH, jika kita ikhlas berbuat kerana ALLAH, pasti ganjaran di sisi ALLAH itu jauh lebih dari apa yang dapat kita bayangkan.

Amat rugilah bagi mereka yang ligat memberikan alasan untuk tidak berdakwah.  Ramai memberi  alasan  dengan menyatakan bahawa ilmu masih tidak cukup, masih tidak bersedia dan belum mampu.. kenapa tidak kita usahakan untuk itu?..disamping memenuhi keperluan duniawi, kenapa tidak kita turut sama mencari bekalan untuk akhirat kita?..bukankah dunia ini kita akan tinggalkan? Dan akhirat itu suatu yang kekal abadi?

Tidak kurang juga, ada yang memberikan alasan bahawa umat Islam  sentiasa  dalam kebaikan, jadi tidak perlulah untuk kita berdakwah. Malah yang paling mengecewakan adalah bagi mereka yang sibuk memikirkan masa depan, perut sendiri dan anak isteri sahaja. Alasan-alasan inilah yang selalu menyebabkan seseorang berpaling dari kewajipan berdakwah… subahanallah..

Jangan tunggu lagi…

“kita bukan menunggu peluang tetapi kita perlu mencari peluang’

Kita sebenarnya punyai banyak peluang. Peluang untuk Berjaya, berubah kearah yang lebih baik atau peluang untuk berdakwa! Namun kadang-kadang kita mengsia-siakannya seakan-akan kita yakin bahawa kita akan dapat peluang itu kembali. Seakan-akan kita pasti masa itu akan berpusing semula. Tidak sama sekali! Carilah ia. Peluang itu tidak akan datang, jika kita tidak berusaha mencarinya. Peluang itu terbuka luas.

Tidak kira siapapun anda atau apapun pekerjaan anda. Samada anda adalah pelajar, guru, doktor, pensyarah, akauntan atau meskipun pekerja bawahan. Kerana kita ini dilahirkan dengan satu tujuan dan masing-masing akan berbuat kearah menuju tujuan itu dalam pelbagai cara. Tujuan untuk mencapai kehidupan dalam rangka redha ALLAH. Menjadikan semua amalan kita sebagai ibadah. Ingat! Kita bukan diciptakan untuk sia-sia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Mu’minun(23): 114-115

“kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui.” Maka apakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?

Apabila dikatakan tujuan, ia mestilah terletak pada peranan dan tanggungjawab. Samada melakukan amanah yang diberikan oleh ALLAH atau mengabaikan sahaja amanah itu seperti menidakkan itu adalah tugas anda? Seperti anda mengkhianatinya. Marilah menganalisa diri. Sejauh mana kita menggunakan semaksimum mungkin peluang yang kita ada seperti pangkat, harta, masa atau segala-galanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab itu. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ALLAH!

Amanah tetap amanah. Jika mungkiri, pembalasan itu akan diterima. Samada di dunia atau akhirat kelak. Samada hukuman penjara atau hukuman neraka. Itulah hakikatnya. Tidak boleh dikhianati

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu khianati ALLAH dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui. (surah Al-Anfaal(8):27)

Diagnosis diri anda. Peluang ada di hadapan mata. Di mana-mana.

Ledakan Mujahidah:

Semoga semangat kita mampu tumbuh untuk mula berdakwah. Bagi yang baru mula mengorak langkah, selamat berdakwah. Dan bagi yang sudah lama, marilah sama-sama kita menyegarkan kembali semangat untuk terus berdakwah.

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: