Seandainya…

Cinta adalah anugerah..
Cinta adalah fitrah..
Andai salah wasilah..
Cinta bisa menjadi barah..

*

Sesungguhnya cinta di antara lelaki dan perempuan itu adalah fitrah..namun apakah ia menjadi alasan dalam membenarkan perhubungan yang haram?
wallahua’lam..

Andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple…
Andai mahukan seorang suami yang tidak pernah bercouple, maka seorang wanita itu juga tidak boleh bercouple..
wallahua’lam..

Andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah “sms” pada lelaki yang haram baginya, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh “sms” pada perempuan yang haram baginya..
Andai mahukan seorang suami yang tidak pernah “sms” pada perempuan yang haram baginya, maka seorang perempuan itu juga tidak boleh “sms” pada lelaki yang haram baginya..
wallahua’lam..

dan sesungguhnya..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (Surah An-Nur ayat 26)

amin…insya Allah..
wallahua’lam..

Apakah seseorang lelaki itu boleh mengatakan kepada seorang perempuan “engkaulah isteriku”, pada hal di antara mereka masih belum ada apa-apa perhubungan yang sah, hanya “percintaan” yang haram sahaja..
Apakah seorang perempuan itu boleh mengatakan kepada seorang lelaki “engkaulah suamiku”, pada hal di antara mereka masih belum ada apa-apa perhubungan yang sah, hanya “percintaan” yang haram sahaja..

dan..sesungguhnya..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Muslim dan perempuan Mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (surah Al-Ahzab ayat 36)

wallahua’lam..

sesungguhnya..
Jangan salahkan pada anak-anak nanti andai mereka juga bercouple kelak andai perhubungan suami isteri itu di dasarkan pada suatu perkenalan dan kaedah yang haram di sisi Islam…wal iyya dzubillah..
sesungguhnya…setiap buah yang cantik datangnya dari benih yang baik…
wallahua’lam..

Andai mahukan kehidupan suami isteri yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T, dan mempunyai anak-anak yang comel dan soleh dan solehah, maka mulakanlah ia dengan kaedah yang halal…
Sesungguhnya Islam itu mudah, namun mudah Islam adalah apabila engkau memudahkan dirimu dalam mengamalinya dengan sebenar-benarnya amalan..
wallahua’lam..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa”(Surah Al-Furqan ayat 74)

amin..insya Allah..wallahua’lam..

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: