Selamat Menyambut Ramadhan 1431H/2010M

Alhamdullilah, kita baharu sahaja mengetahui yang tarikh permulaan puasa pada tahun 2010 (1431H) telahpun ditetapkan pada 11 Ogos (Rabu), bersamaan 1 Ramadhan 1431H. Dan pastinya kita amat bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan sekali lagi berpeluang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh Umat Islam di seluruh dunia kerana lebih banyak rahmat yang diperoleh sepanjang bulan ini.

Selain daripada mengerjakan ibadah puasa, umat Islam di seluruh dunia juga akan menunaikan zakat di samping mengerjakan ibadah-ibadah yang lain termasuklah solat sunat Tarawih dan bersedekah. Semoga puasa dapat mendidik nafsu kita dan dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.

Bolehlah rujuk juga Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan, dan bagi  Negeri Sabah boleh dapatkan di sini. Untuk negeri-negeri lain, boleh rujuk di sini. Selamat menjalani ibadah puasa.

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: