Mujahid Bangga Melepas Pergi

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas dan beribadat semata-mata kerna Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku dan kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sudah lama ana ingin menulis artikel tentang 2 orang sahabat yang telah dijemput ilahi pada 11 Januari 2010. Allah s.w.t. mengizinkan pada kali ini untuk ku nukilkan. Alhamdulillah Ya Allah..

Ana hanyalah seorang saudara seIslam yang memandang dan merenung dari jauh. Ana mengenali arwah fadhiri melalui blognya sewaktu arwah masih hidup. Banyak manfaatnya, bagi ana..arwah cuba mencari gali semula maklumat tentang kehebatan Islam dan kebesaran Allah s.w.t…tema blognya juga Mencari Redha Ilahi”. Hanya mengenalinya melalui tulisan dan pengisian dari blognya.

Berita yang disampaikan oleh seseorang yang dekat dengannya membuatkan diri ini turut terkejut dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, sahabat seperjuangan ana di sini turut mengenalinya kerna baru sahaja berjumpa dengan arwah sewaktu program yang baru sahaja melabuhkan tirai sebelum arwah kemalangan.

Kata sahabat ana yang berjumpa dengan arwah buat kali pertama,“sungguh bersih wajahnya, cukup bercahaya…” Subhanallah, jiwa ana bergetar sebaik sahaja bait kata-kata itu meniti di bibir sahabat ana. Ibarat satu dalam sejuta, betapa sukar untuk bertemu dengan insan seperti ini.

Ana mengikuti perkembangan arwah dan sahabatnya sejak dihari arwah dan sahabatnya dijemput ilahi hingga kini, blog yang ditubuhkan oleh keluarganya juga selalu ana ikuti dan kadang-kala ana menziarahi blognya juga. Benar apa yang dikatakan oleh seorang yang memberi komen di shoutboxnya, seolah-olah blognya “hidup” walaupun empunya blog sudah dijemput ilahi.

Inilah insan yang hidup dan matinya hanya untuk Allah s.w.t….tidak ada yang lain selain DIA. Hanya dengan dirinya, semua yang melihat mengaguminya.Subhanallah..Ana membaca sirah perjalanan hidup arwah Fadhiri dan arwah Faizol, satu persatu ana selak dari jauh. Dari satu blog ke satu blog ana ziarah, membaca dan menjiwai apa yang sahabat mereka yang masih tinggal menulis tentang mereka. Memerhati betapa sahabat seperjuangan 2 orang mujahid ini bangga dan menghormati mereka.

Akhlak dan peribadi mereka benar-benar sukar dicari di zaman ini. Ana juga menceritakan kisah perjalanan hidup mereka kepada sahabat perjuangan ana disini, wakil pimpinan kampus disini. Akhirnya kami sama-sama menangis. Perasaan ana bercampur baur tika menceritakan kisah hidup mereka.

Kami sedih kerna tidak sempat mengenali mereka dari dekat. Tapi kami gembira kerna Allah s.w.t. memilih mereka pergi dalam keadaan yang tenang. Menjadi inspirasi buat sahabat-sahabatnya yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan arwah yang masih berbaki. Alhamdulillah..

Teringat kata-kata murobbi ana, “ustaz ada seorang kawan, dia nie memang bagus sangat. Akhirnya dia pergi dulu dari kami semua, selalu begitulah kerna hikmahnya mungkin Allah s.w.t. mahu menjaganya sebelum terjebak dengan perkara yang tak elok”

Allah….terus ana teringatkan arwah dan sahabatnya. Jasadnya dan rohnya sudah dijemput Ilahi, namun…semangat 2 mujahid ini terus kekal mekar dalam jiwa insan yang berada di sekelilingnya untuk menegakkan yang haq. insyaAllah…

Buat kedua-dua keluarga arwah. Ana tahu kalian semua kuat, sehebat ahlu bait kalian. Usahlah menyangka perpisahan ini adalah penamatnya, insyaAllah kalian akan bertemu “disana” nanti. Masanya akan tiba suatu ketika nanti.

Buat sahabat-sahabat perjuangan arwah. Teruskan apa yang telah arwah lakukan, jangan berhenti sehingga kalian juga dijemput Ilahi. Bertuah kalian semua kerna sempat berada disisinya dikala arwah masih hidup.

Ana doakan moga kita semua menjadi seperti mereka. Hidup dan mati hanya untuk Allah s.w.t….ameen…

..Mujahid Bangga Melepas Pergi..

Sahabat..
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan…
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana… cahaya fajar memancar.
(Al-Maghfulahy Al-‘Arif Billah, Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386)

Al-Fatihah buat Arwah dan sahabat

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: