Amatilah Ayat-ayat Ini Agar Kita Lebih Mengerti

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

120. Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.Surah Al-An’aam, ayat 120

Jodoh, ajal, maut rezeki semuanya telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Kita mengimpikan hari esok yang indah namun, belum pasti kita sempat mengecapinya. Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati. Kematian yang bagaimanakah akan kita hadapi?

Terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini. Seseorang dipandang baik belum tentu dijamin masuk syurga dan sebaliknya kerana pandangan manusia mungkin meleset dan bersifat luaran sahaja.

Penilaian Allah bersifat holistik dan adil. Seseorang itu akan dibalas dengan setiap apa yg dikerjakan. Segala apa yang ada di dalam hati manusia tidak terhijab dari pandangan Allah. Manusia boleh berlakon baik di depan ribuan manusia , namun tidak kepada Allah.

Jagalah hati ini, agar tiada dosa yang akan kita lakukan secara tersembunyi ataupun secara terang-terangan. Bisikan syaitan itu terlalu halus sehingga kadang-kadang diri yang lemah ini tertewas.

Marilah kita perbanyakkanlah zikir dan tilawah serta mentadabur al-Quran. Kerana dari situ kita memperoleh ketenangan di samping menyedarkan diri dengan segala kesilapan yang dilakukan.

Dan tidak ada suatu pun yang akan dikecualikan daripada perhitungan di padang Mahsyar kelak. Jika kita memandang padang mahsyar itu masih jauh daripada kita cuba kita fikirkan tentang kematian.

Kematian itu semakin menghampiri. Sedar atau tidak bertambahnya umur kita bermakna bertambah hampirlah kita dengan detik kematian kita..

Amatilah ayat-ayat ini agar kita lebih mengerti….

93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata:

“Telah diwahyukan kepada saya”, padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata:

“Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah.” Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata):

“Keluarkanlah nyawamu” Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.

surah al-an’aam ayat 93

Akhir kalam sama-samalah kita amalkan doa ini seusai kita menunaikan solat

“Rabbana, zolamna anfusana, waillam taghfirlana, watarhamna, lanakunanna minal khosirin”

– “Wahai Tuhan Kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri! dan jika kamu tidak mengampuni kami dan merahmati kami, jadilah kami di kalangan orang-orang yang rugi!”

Wallahua’lam…Wallahua’lam

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: