Archive for the ‘ cerpen islamik ’ Category

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran

“Aduh..doktor, tolong..mannyak sakit ini kaki woo..”
“Itulah lu..apa pasal pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh daripada iman!”
“Wa bukan bawak laju pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan lagi.”
“Wo..itu pasal ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!”
Suasana wad umum hospital amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain. Apakah yang lebih membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.
‘Ya-Allah, bantulah aku untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.’ Azrif bermonolog.

Mencari Ilahi

Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit seakan membaca mantera. Diakhir dengan menoleh kiri dan kanan, seakan-akan baru keluar dari alam lain.

Lama aku menjenguk mereka ini. Aku tidak faham.

Apa sebenarnya mereka lakukan. Tidakkah letih. 5 kali sehari, setiap hari tanpa ada keringanan?

Teruskan membaca