Archive for the ‘ dari penulis ’ Category

Buat sahabat mayaku

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih atas kunjungan anda yang amat bernilai bagi saya.  Mungkin blog ini agak jarang di update kerana kekangan masa.  Namun anda amat dialu-alukan untuk melawati blog utama saya Al-Mukminah As-Solehah.

Agak tidak terlewat rasanya andai saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua pengunjung yang amat kasihi dan disayangi…

Peringatan buatku di kala terleka di alam maya..

Mungkin ia hanya sembang kosong. Sembang antara rakan dan taulan..InsyaALLAH harap-harap begitu… Di ke sempatan yang ada ini aku mencuri sedikit masa yang aku ada untuk mencoret ruangan blogku ini dengan pendapat yang ada.  Alhamdulillah hari ini dengan izinNYA, aku sempat menjelajah sebuah “rumah” di alam maya ini… Mendapat satu input yang merupakan “juadah” untuk aku jadikan sempadan buatku bila berfacebook.  Terima kasih kepada empunya “rumah” atas “juadah” ini…  Ada masa lawatlah ke RUMAH ini..

 

Teruskan membaca

untukku dan kaumku

CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH! Teruskan membaca

Salam Aidilfitri 1431

Berhati-hati ketika balik beraya..Semoga Syawal di sambut dengan penuh kesyukuran

..:: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini mahu pun tidak ::..

..:: Semoga Amalan kita sepanjang Ramadhan ini di terima ALLAH ::..

Mujahid Bangga Melepas Pergi

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas dan beribadat semata-mata kerna Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku dan kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sudah lama ana ingin menulis artikel tentang 2 orang sahabat yang telah dijemput ilahi pada 11 Januari 2010. Allah s.w.t. mengizinkan pada kali ini untuk ku nukilkan. Alhamdulillah Ya Allah..

Ana hanyalah seorang saudara seIslam yang memandang dan merenung dari jauh. Ana mengenali arwah fadhiri melalui blognya sewaktu arwah masih hidup. Banyak manfaatnya, bagi ana..arwah cuba mencari gali semula maklumat tentang kehebatan Islam dan kebesaran Allah s.w.t…tema blognya juga Mencari Redha Ilahi”. Hanya mengenalinya melalui tulisan dan pengisian dari blognya.

Teruskan membaca

Ayahku, Idolaku

Saya akan senantiasa mengecup kening, pipi dan ubun-ubun kepalanya di pagi, siang, dan malam hari. Sejak dia baru membuka matanya di waktu fajar hingga menjelang menutup mata. Bahkan saya bangunkan dia dengan beberapa kecupan hangat, agar senyum manisnya lah yang membuka paginya. Andai dia tahu, di setiap pertengahan malam saat ia terlelap dibuai mimpi pun akan selalu ada kecupan lembut menghangatinya. Saya lakukan itu agar sampai bilapun dia takkan pernah lupa, ada sosok penuh cinta yang setiap tuturnya bermakna sayang, dan setiap dengusan nafasnya bererti kasih.

Teruskan membaca

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H/2010M

Alhamdullilah, kita baharu sahaja mengetahui yang tarikh permulaan puasa pada tahun 2010 (1431H) telahpun ditetapkan pada 11 Ogos (Rabu), bersamaan 1 Ramadhan 1431H. Dan pastinya kita amat bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan sekali lagi berpeluang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh Umat Islam di seluruh dunia kerana lebih banyak rahmat yang diperoleh sepanjang bulan ini.

Teruskan membaca