Archive for the ‘ diskusi buku ’ Category

Pandangan mata di sejukkan..

Kelebihan solat Tahajud (2)

Al-Quraan menyebut, pandangan mata orang yang menunaikan solat Tahajud akan disejukkan, Sebagaimana firman ALLAH SWT

+

+

+

“Perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.  Seorang pun tidak mengetahui apa yang di sembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) pandangan mata sebagai balasan bagi apa yang sudah mereka kerjakan.”

[surah as-Sajadah : 16]

Advertisements

Wajahnya kelihatan tampan

Kelebihan solat Tahajud (1)

Wajah mereka yang sering menunaikan solat Tahajud pada tengah malam akan kelihatan tampan dan mempersonakan.  Ini diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w  yang dilaporkan oleh Jabir.  Katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

**

*

“Sesiapa yang banyak menunaikan solat malam, maka wajahnya akan kelihatan tampan pada waktu siang”

..:: dilaporkan oleh Ibn Majah ::..

Bahaya facebook (1)

Mungkin kita pernah terdengar atau pernah terbaca mengenai bahaya facebook. Ia boleh membahayakan kesihatan,membazirkan waktu dan banyak lagi.

Alhamdulillah..dengan adanya buku ini, saya dapat menambah lagi ilmu berkaitan facebook kerana saya juga merupakan salah seorang pengguna facebook.  Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Tapi alhamdulillah saya dapat memahaminya walaupun bukan seratus peratus.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dan ilmu yang saya perolehi dari buku ini.

Teruskan membaca

Agama mencorak peribadi berakhlak

Tidaklah  dikatakan seseorang itu memiliki agama sekiranya dia tidak memiliki akhlak yang baik.  Ini kerana akhlak yang baik itu  merupakan buah daripada keimanan yang tumbuh mekar dengan benih  dan asas yang sahih.

****

*

Firman ALLAH:

“Maafkanlah dan suruhlah (menyuruh manusia mengerjakan) kebaikan dan berpalinglah daripada orang yang jahil”

Surah al-A’raf:199

Teruskan membaca

Selagi ada lelaki soleh, pasti ada wanita solehah

ALLAH telah menciptakan manusia penuh dengan keseimbangan.  Justeru, amat mustahil akan pupus wanita solehah jika lelaki soleh masih terdapat di muka bumi ini dan demikianlah sebaliknya.  Hal ini kerana, kedua-duanya berkait rapat dan saling memerlukan.  Mustahil ALLAH yang Maha Adil lagi Maha Pemurah akan menzalimi hamba-NYA dengan membiarkan mereka tanpa pasangan setara dan sesuai, sedangkan Al-Quraan telahpun menjamin hal yang sedemikian

Teruskan membaca

Biarlah wajah tidak cantik

Siapa yang tidak inginkan kecantikan?  Sesiapapun suka memiliki wajah, pakaian, telefon bimbit dan barang perhiasan yang cantik.  Malangnya tidak ramai yang cantik.  Pemenang pertandingan ratu cantik hanya seorang sahaja,  yang selebihnya secara automatik kuranglah kadar kecantikannya.  Yang bukan ratu, lebih-lebih lagi.  Kadangkala kita melihat wajah orang cantik di majalah, filem dan media massa,  tanpa disedari semacam ada perasaan rendah diri…mengapa aku tidak secantik mereka?

Cantik yang dilihat mata akan sirna.  Cantik yang dilihat jiwa akan kekal selamanya.  Justeru, mana satu menjadi pilihanmu?

Teruskan membaca

Bukan tak tega, tetapi terlalu cinta !!

Beratnya untuk melepaskan dia pergi.  Selama ini tangan ini yang membelainya.  Selama ini hati ini yang selalu bimbangkannya.  Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya.

Kekadang menyerahkan satu amanah lebih payah daripada menanggungnya kerana lebih sukar mempercayai orang lain berbanding mempercayai diri sendiri

Namun dia bukan selamanya milikku.  Rumah ini cuma persinggahan dalam perjalannya menuju kedewasaan.  Dan kini sudah masanya kau pamit.  Walaupun hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu?  Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaanmu, anakku?  Maafkan aku wahai anak, bukan aku tidak tega, tetapi terlalu cinta!

Teruskan membaca