Archive for the ‘ informasi ’ Category

Pemakaian cincin

“Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali (kw) sesudah Saidina Ali berkahwin dgn Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda. Nabi Muhammad berpesan kpd Saidina Ali iaitu ;

kalau memakai cincin pakailah di jari
i) jari manis
ii) jari kelingking (anak jari)

*

dan jgn memakai cincin pada jari

i) tengah
ii) jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat ALLAh iaitu kaum yang derhaka di zaman NAbi LUT as. Kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW maka dapatlah kita pahala.”

You Burn Quran, You Burned in Hell

11 September 2010 : PADERI AMERIKA ISYTIHAR HARI BAKAR AL QURAN….

Apakah kita masih lagi mahu berdiam diri berpeluk tubuh?..Macam-macam dugaan kita pada bulan Ramadhan pada tahun ini…..Apakah ini satu petanda dari ALLAH untuk menguji siapakah di antara hamba-hambanya yang benar-benar beriman… Apakah kita sudah sampai PERINGKAT SARINGAN untuk ALLAH memilih siapa yang akan menjadi TENTERA ALLAH atau TENTERA DAJJAL!!!????

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-dzikr (Al-Quraan) dan Kamilah yang akan menjaganya” QS.AL Hijr -15:9

:: Pendekatan rasional, wasatiyyah berdepan bakar al-Quran ::

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara’?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Teruskan membaca

Bahaya facebook (1)

Mungkin kita pernah terdengar atau pernah terbaca mengenai bahaya facebook. Ia boleh membahayakan kesihatan,membazirkan waktu dan banyak lagi.

Alhamdulillah..dengan adanya buku ini, saya dapat menambah lagi ilmu berkaitan facebook kerana saya juga merupakan salah seorang pengguna facebook.  Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia. Tapi alhamdulillah saya dapat memahaminya walaupun bukan seratus peratus.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat dan ilmu yang saya perolehi dari buku ini.

Teruskan membaca

Orang baik mati cepat?

Semacam satu musim.  Begitulah kekadang dirasakan.  Sejak kebelakangan ini,  ramai sahabat dan kenalan rapat yang meninggal dunia.  Secara tiba-tiba pula.  Insya-ALLAH, mereka yang pergi itu semua baik-baik akhlaknya.

Sewaktu menziarahi seorang sahabat yang meninggal dunia dua minggu lalu secara tiba-tiba, timbul pertanyaan di hati, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat di tahan-tahan.

Teruskan membaca

Tanpa hijab, wanita lebih cantik!

Inilah pegangan yang diracuni oleh iblis ke dalam pemikiran dan hati kaum wanita.  Semua ini mengandungi anak panah yang sedia untuk menembusi mata dan hati serta syahwat kaum lelaki dan akhirnya mereka terpedaya dengan sumpah iblis.  Iblis juga telah berjanji untuk mendatangi kaum Adam dari pelbagai sudut bagi membolehkan sesuatu perkara dosa atau maksiat itu di lihat seolah-olah tiada cacat celanya!

Teruskan membaca

Senyummm…

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Pujangga menyebut :

Senyum itu kelopak. ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Teruskan membaca