Archive for the ‘ motivasi ’ Category

Sahabatku..

*

Mintalah teman yang soleh dalam sujud akhirmu sewaktu Tahajjud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH SWT…

*
Sahabatku,

Di sekeliling kita terdapat banyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman daripada teman yang soleh.  Mulakanlah dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua, penghidup hati-hati yang gersang… Banyakkan memberi dari mengharap... Biarlah diri kita tidak dihargai orang asalkan kita tahu menghargai orang lain kerana kelak ALLAH pasti akan menghargai kita.”SubhanAllah..amin.. amin ..amin Ya Rabbal Alamin..

Aku minta…

Mati itu motivasi. Percaya?

Kebelakangan ini, otak saya asyik memikirkan mati.

Sudah hampir ajal kah? Saya tak pernah percaya banyak mengingati mati itu tanda sudah hampir ajal. Sebab mengingati mati adalah digalakkan oleh Rasulullah SAW. Tambahan, umur adalah di dalam ilmu Allah. Cepat lambat itu urusannya.

Mengingati mati bukannya hendak mati cepat. Tetapi ia adalah persediaan.

Memikirkan kematian, membuatkan saya mendapat sesuatu.

Teruskan membaca

Ramadhan yang menghampir, jangan kita yang meminggir.

Bulan ini bulan Sya’ban. Bila masuk Bulan Sya’ban, satu perkara yang terdetik di dalam hati adalah Ramadhan. Waah… Ramadhan semakin menghampiri. MasyaAllah. Pejam celik pejam celik, Allah telah menghampirkan kita kepada Ramadhan.

Belum pasti lagi mampu mengucupnya, belum pasti lagi kita akan menjejaknya, namun kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar Allah memberikan kita sekali lagi peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia itu.

Teruskan membaca