Archive for the ‘ peringatan ’ Category

Umur Itu AMANAH ALLAH buat kita

Tunggulah kiamat apabila amanah dikhianati

Advertisements

Amatilah Ayat-ayat Ini Agar Kita Lebih Mengerti

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

120. Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.Surah Al-An’aam, ayat 120

Teruskan membaca

You Burn Quran, You Burned in Hell

11 September 2010 : PADERI AMERIKA ISYTIHAR HARI BAKAR AL QURAN….

Apakah kita masih lagi mahu berdiam diri berpeluk tubuh?..Macam-macam dugaan kita pada bulan Ramadhan pada tahun ini…..Apakah ini satu petanda dari ALLAH untuk menguji siapakah di antara hamba-hambanya yang benar-benar beriman… Apakah kita sudah sampai PERINGKAT SARINGAN untuk ALLAH memilih siapa yang akan menjadi TENTERA ALLAH atau TENTERA DAJJAL!!!????

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-dzikr (Al-Quraan) dan Kamilah yang akan menjaganya” QS.AL Hijr -15:9

:: Pendekatan rasional, wasatiyyah berdepan bakar al-Quran ::

Pembuangan bayi

Kes pembuangan bayi bukanlah fenomena yang luar biasa di negara kita dewasa ini. Kejadian pembuangan bayi merupakan perkara yang sering didengari atau dibaca di dada-dada akhbar mahupun menjadi topik perbincangan hangat di kedai kopi oleh pakcik-pakcik yang merasa tidak senang duduk dengan isu yang dibincangkan. Bayangkanlah seorang yang tidak berdosa seperti kain putih yang suci dibuang tidak ubah seperti sampah yang tiada guna. Isu ini bukanlah sekadar isu yang boleh dibicarakan di bibir setiap individu di negara kita. Isu ini melibatkan kemanusian, agama dan maruah yang kian tercalar saban hari akibat nafsu serakah segelintir manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.

Teruskan membaca

pengantin baru..

Pada 1 masa ditetapkan kita pasti dirisik,Pertunangan sejak azali, di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak, tetamu bertandang menghadiahkan tangisan dan bacaan yassin, pengantin di mandikan, dipakaikan wangian,gaharu cendana dijadikan pelamin,pengantin bersanding sendirian di arak keliling kampung berkompangkan azan dan kalimah kudus,akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad bersaksikan nisan-nisan, siraman mawar keluarga terdekat, malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah sedalam 7 kaki..RENUNGKANLAH

Sepatah dua kata

MA-TI

(Sepatah tapi ada dua kata)

Memadailah Kematian Sebagai Nasihat…

Wahai sekalian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.

Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.

Teruskan membaca