Archive for the ‘ sirah nabi ’ Category

Batu pun nak masuk syurga?..

Pada suatu hari Rasullulah saw melawat puteri kesayangannya Fatimah Az-Zahra dirumahnya, semasa itu Syaidina Ali tiada di rumah. Ketika Baginda Nabi sampai di rumah dia melihat puteri kesayangannya itu sedang sibuk mengisar gandum  dijadikan tepung untuk dibuat roti. Setelah dijemput masuk oleh puterinya, Fatimah pun mengadu dengan Rasulullah ayahanda tercinta. ” Ayahanda tolonglah beritahu kepada suamiku Ali supaya ia mencari seorang hamba untuk membantuku. kerana aku sudah tidak larat lagi wahai ayahanda”.

Baginda sedih mendengarkan luahan puteri kesayangannya itu. Sehingga menitis air matanya. Tapi dipalingkan mukanya supaya tidak dilihat oleh puteri kesayangannya itu. Tapi sememangnya baginda terkenal dengan kebijaksanaannya. Baginda pun berkata kepada puterinya itu ” wahai Fatimah bukankah engkau ini puteri Rasullulah, engkau juga nanti yang akan masuk ke syurga Allah terlebih dahulu daripada orang lain. Jika engkau merasakan perbuatanmu, menguli tepung sangat berat, kau ucapkanlah subhanalah 33x,Alhamdulilah 33x dan Allahu Akbar 33x. Agar ringan segala pekerjaanmu nanti.

Teruskan membaca

Advertisements