Archive for the ‘ solat ’ Category

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. Teruskan membaca

Pandangan mata di sejukkan..

Kelebihan solat Tahajud (2)

Al-Quraan menyebut, pandangan mata orang yang menunaikan solat Tahajud akan disejukkan, Sebagaimana firman ALLAH SWT

+

+

+

“Perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.  Seorang pun tidak mengetahui apa yang di sembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) pandangan mata sebagai balasan bagi apa yang sudah mereka kerjakan.”

[surah as-Sajadah : 16]

Wajahnya kelihatan tampan

Kelebihan solat Tahajud (1)

Wajah mereka yang sering menunaikan solat Tahajud pada tengah malam akan kelihatan tampan dan mempersonakan.  Ini diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w  yang dilaporkan oleh Jabir.  Katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

**

*

“Sesiapa yang banyak menunaikan solat malam, maka wajahnya akan kelihatan tampan pada waktu siang”

..:: dilaporkan oleh Ibn Majah ::..