Wajahnya kelihatan tampan

Kelebihan solat Tahajud (1)

Wajah mereka yang sering menunaikan solat Tahajud pada tengah malam akan kelihatan tampan dan mempersonakan.  Ini diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w  yang dilaporkan oleh Jabir.  Katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

**

*

“Sesiapa yang banyak menunaikan solat malam, maka wajahnya akan kelihatan tampan pada waktu siang”

..:: dilaporkan oleh Ibn Majah ::..

Pesanan Untuk Orang Cantik…

Assalamualaikum…
bismillah hirrohmanirrohim…
apa kabar hati?? masihkah seperti embun? tertunduk tawadduk di pucuk2 daun… masihkah ia seperti batu karang? berdiri tegar, menghadapi gelombang ujian…
apa kabar iman?? masihkah ia seperti bintang? terang benderang menerangi kehidupan…
apa kabar sahabatku?? dimanapun dikau berada semoga ALLAH sentiasa MELINDUNGI dan MENJAGA serta MEMBERI KASIHATAN kepada mu hari ini, esok dan untuk selamanya…

Teruskan membaca

Adik cuma nak TANYA…

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya…
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Teruskan membaca

Mujahid Bangga Melepas Pergi

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas dan beribadat semata-mata kerna Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku dan kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sudah lama ana ingin menulis artikel tentang 2 orang sahabat yang telah dijemput ilahi pada 11 Januari 2010. Allah s.w.t. mengizinkan pada kali ini untuk ku nukilkan. Alhamdulillah Ya Allah..

Ana hanyalah seorang saudara seIslam yang memandang dan merenung dari jauh. Ana mengenali arwah fadhiri melalui blognya sewaktu arwah masih hidup. Banyak manfaatnya, bagi ana..arwah cuba mencari gali semula maklumat tentang kehebatan Islam dan kebesaran Allah s.w.t…tema blognya juga Mencari Redha Ilahi”. Hanya mengenalinya melalui tulisan dan pengisian dari blognya.

Teruskan membaca

Saat Kematian yang Pasti Akan Lalui Sendiri

Allah merahasiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Simfoni Cinta

Sudah lama terbuku untuk melakukan ini.

Baru terwujud peluang pada hari ini.

Satu simfoni cinta.

Untuk menjelaskan rasa jiwa yang sebenarnya.

Teruskan membaca

Tolong Beritahu si dia….

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakanibu bapanya..

Teruskan membaca