Posts Tagged ‘ dari penulis ’

“Shadiqah Mujahidah”

Alhamdulillah hari ini dengan izin Allah hati ini terbuka untuk membuka wordpress sendiri, blog sendiri(blog kedua bagi ..:: Shadiqah Mujahidah ::..). perkataan Shadiqah adalah berasal daripada bahasa Arab صَدِيْقَة (sahabat, teman) yang telah di melayukan. Ia mempunyai sebutan yang sama dengan صَادِقَة ( benar, jujur). Namun dalam blog ini shadiqah yang saya maksudkan adalah sahabat ataupun teman. مُجَاهِدَة pula bermaksud yang berjihad..

Jadi terbitnya “Shadiqah Mujahidah” ini dengan harapan yang besar agar saya mampu menjadi salah seorang “sahabat yang berjihad”. InsyaAllah jihad fisabilillah..

Kepada Allah s.w.t saya memohon taufiq dan hidayah-Nya semoga usaha saya ini sentiasa dalam keredhaan-Nya dan mencatatnya sebagai amal soleh buat Saya. Amin ya Rabbal’alamin

~wassalam~

Advertisements