Posts Tagged ‘ kematian ’

Mujahid Bangga Melepas Pergi

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas dan beribadat semata-mata kerna Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku dan kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, sudah lama ana ingin menulis artikel tentang 2 orang sahabat yang telah dijemput ilahi pada 11 Januari 2010. Allah s.w.t. mengizinkan pada kali ini untuk ku nukilkan. Alhamdulillah Ya Allah..

Ana hanyalah seorang saudara seIslam yang memandang dan merenung dari jauh. Ana mengenali arwah fadhiri melalui blognya sewaktu arwah masih hidup. Banyak manfaatnya, bagi ana..arwah cuba mencari gali semula maklumat tentang kehebatan Islam dan kebesaran Allah s.w.t…tema blognya juga Mencari Redha Ilahi”. Hanya mengenalinya melalui tulisan dan pengisian dari blognya.

Teruskan membaca

Advertisements

Saat Kematian yang Pasti Akan Lalui Sendiri

Allah merahasiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.