Laman Ziarah

Assalamualaikum wbt…

Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Laman dalam ruangan  ini merupakan laman ziarah buatku. Kerana ada sesuatu yang tidak dapat di luahkan melalui kata-kata iaitu kematian. Sungguh kematian itu makin menghampiriku.  Hanya hati yang mampu berbicara kepada Sang Pencinta..Bilakah pula masa untukku bertemu dengan-NYA..Semoga pengakhiran hidupku juga adalah pengakhiran yang baik. Amin

Sesungguhnya kematian itu adalah peringatan buat orang-orang yang masih bernyawa

__________________________________________________

..:: Perginya Seorang Penulis Blog ::..

..:: Orang Baik Mati Cepat? ::..

__________________________________________________


Al-fatihah Mohd Fadhiri (6/11/87-11/01/10)

Perginya mereka, bermakna gugurlah pejuang agama dan pendidik anak bangsa..

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka..Al- Fatihah….

*

*

DariNYA kita datang kepadaNYA jua kita akan kembali…

Berehatlah di SANA ..kami juga akan menyusulmu nanti..

Anis Amirah Ahmad Lutfi (08/01/88 – 18/07/10)

Ya Allah, sungguh diri ini tidak pernah mengenalinya

Namun ikatan ukhwah yang terjalin dalam masa yang singkat ini

menjadikan aku mengenalinya sebagai seorang mujahidah Islam

*

Harimau mati memang akan meninggalkan belang, dan begitulah juga dengan manusia. Semua kebaikan orang yang mati  akan terus dikenang . Semoga  ALLAH SWT menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang akan selalu dikenang oleh orang lain kerana kebaikan-kebaikan yang kita lakukan, bukan kerana keburukan dan kehinaan yang kita tinggalkan. Aminn…


Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

  1. Aku datang berziarah, kerana aku sungguh rindukan perjuangan mu…doakan pertemuanku dengan Sang Pencipta sama seperti mereka….

    Inilah ramadhan pertama keluarga arwah tanpa mereka…

    Alfatihah….amin

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen